Radio Online

Friday, August 6, 2010

jadual baru kak za.....

salam semua...dah lama kak za tak edit blog ni...busy memanjang sekarang...lagipun xde cerita yg kak za nak kongsikan ngan anda...kak za kn low profile...hehhe...apapun terima kasih yg masih sudi singgah di blog kak za yg x seberapa ni...

utk makluman semua..bermula ogos ni, jadual tugas kak za ada sedikit je perubahan...kak za akan temani pendengar MANIS FM setiap hari JUMAAT DAN SABTU, JAM 6-10 PAGI dan AHAD DAN RABU, 7-12 TENGAH MALAM....so jangan lupa deh dengaq kak za sokmo...

terima kasih pd semua yg sentiasa menyokong MANIS FM....manis fm the best....

Friday, April 30, 2010

entry 1 mei 2010

salam semua...lama kak za x edit blog kak za ni....buat semua pendengar manis fm, terima kasih kerana anda sentiasa menyokong kami dengan mendengar siaran kami.

esok kak za ganti kak ira konti.10 pagi hingga 2 petang bersamaan 2 mei 2010. so nak dengar kak za berdangdut?jom layan pagi ahad esok 2 mei 2010, terbaik di manis fm...

selamat hari pekerja buat semua....semoga kita dapat jadi seorang pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab.

Friday, April 16, 2010

Ungkapan Buat Pengantin Baru

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21
U01
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Datanglah menunaikan jemputan apabila kamu dijemput kepadanya "
- Daripada Abdullah Ibni Umar r.a.
U02
Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai “
U03
“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad
pada hari pernikahan puterinya
Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib
U04
Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini,
(nama pengantin) dan (nama pengantin).
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.
U05
Doa Untuk Pengantin
"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."
~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~
U06
" Ya Allah
Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “
U07
Doa Untuk Pengantin
“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -
U08
Doa Untuk Pengantin
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin) Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW.
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~
U09
“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~
U10
Doa Untuk Pengantin
Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
~ Amin ya Yabbal Alamin ~

Sunday, March 14, 2010

Sesak jalan dimusim cuti sekolah

salam semua..berjmpa lagi...musim cuti sekolah tiba lagi...ramai la yg ambil kesempatan utk balik ke kampung khususnya di pantai timur ni.jalan raya di sekitar bandar kota bharu sudah pastinya penuh sesak...masa saya dalam perjalanan ke konti manis tadi...fullamak jammed sangat jalan...penuh ngan kenderaan...agaknya ginila ye setiap kali tiba musim cuti....maka ramailah yang ambik peluang mengadakan kenduri-kendara sana sini.tunang sana sini..macam2 agilah...pepun selamat lah semua ye...semoga ikatan suci yang dibina berkekalan ke akhir hayat...

pada semua pendengar jangan lupa terus tuned siaran manis fm ye....

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul 1431 Hijrah

salam maulidur rasul semua kak za ucapkan kepada semua pendengar manis fm.jangan lpa teruskan kesetiaan anda mendengar siaran manis fm....

Friday, February 12, 2010

Happy Chinese New Year buat semua pendengar Manis FM

salam semua pendengar manis fm....dah lama rasanya kak za tak coret cite kat blog kak za yang x seberapa ni...masa x mengizinkan kak za...pagi ni kak za konti salam dari manis sehingga jam 10 pagi...so dengar2lah kak za ek...di radio atau di internet..mudah je layari www.manis.fm...kalau nak dengar melalui radio sila tune frekuensi 90.6 fm di kelantan, 102.0 di terengganu dan 95.1 di pahang.

semua dh maklumkan esok semua penganut agama budha akan meraikan gong xi fa cai...di kesempatan yang ada ni kak za nak ucapkan selamat tahun baru cina buat semua pendengar manis fm...semoga tahun baru cina kali ini akan memberikan anda sejuta kegembiraan.makan kuih bulan tu jangan lupa kak za di manis fm ye...jangan lpa sentiasa menyokong kak za di manis fm...

Sunday, January 17, 2010

Diari Hati di Manis FM

semua pendengar manis fm...jom layan segmen diari hati sekarang 10-12 malam setiap ahad di manis fm...anda boleh menghantar diari hati anda ke sms kami...taip MANIS jarak UCAPAN jarak DIARI HATI ANDA dan hantar ke 33080...anda boleh luahkan apa saje utk insan yang anda sayang,,,

zaaaassssss..................